
Penggunaan lampin adalah satu kemestian bagi mereka yang mempunyai bayi kecil terutamanya jika bayi anda berumur dibawah 2 tahun. Lampin pakai buang pula merupakan penemuan yang berjaya membantu ramai ibu bapa dalam menguruskan bayi kecil dengan lebih mudah. Ia bukan sahaja mudah digunakan tetapi juga hanya perlu dibuang selepas digunakan. Memang mudah sekali...
Namun begitu tahukah anda disebalik segala kebaikan yang ditonjolkan bagi lampin pakai buang ini, kajian menunjukkan penyebab utama bagi masalah ruam lampin yang dihidapi oleh ramai bayi ialah lampin pakai buang?
Apakah Lampin Kain Moden(CLOTH DIAPERS)?
Lampin Kain Moden atau lebih ramai yang mengenalinya sebagai Cloth Diapers adalah lampin kain yang telah diberi nafas baru bagi membantu ibu bapa menguruskan bayi dengan lebih efektif. Tidak seperti lampin kain tradisional yang perlu dipakai dengan pelindung lampin dan pin yang besar, cloth diapers adalah inovasi terkini bagi lampin bayi yang dilengkapi dengan Polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air dan tidak mudah bocor bagi bahagian luarnya.
Bahagian dalam lampin pula dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang boleh menyerap sehingga 4 kali basahan. Bahagian dalam cloth diapers juga dilapisi dengan micro fleece yang mesra kepada kulit bayi yang lembut dan tidak menyebabkan ruam lampin.








